You Are Reading

0

Lirik Ushahidu (Budak-Budak Zaman Sekarang)

alFaisal Monday, March 30, 2009 ,

Mari dgr cerita budak-budak zmn skrang,

ada pakai jubah,ada yang sparuh telanjang,

ada macam-macam kulit putih tukar hitam,

ikut suka hati apa peduli halal haram,

masa kecik-kecik cita-cita jadi doktor,

bile besar jadi lupa, jadi player jadi gengster,

apa kejadahnya?ayah kelu tak berkata,

mak garu kepala,masa depan huru hara,

orang bercinta dia pun gatal nak ikut,

bila maruah dah tergadai baru dada rasa semput,

ini kisah anak dara belum yg pemuda,

macam-macam ada,smpai tak tau camna nk mula,

sekolah belum abis dah lagak macam dewasa,

Islam hanya pada nama sume dia nak cuba,

boleh main cuba-cuba,boleh main raba-raba.

main sama-sama bila kena sama rasa

tepuk dada tanya selera tanya iman tanya diri

tanya kaki sapa bagi sampai kita boleh diri

aku cuma cerita apa yang aku nampak

terpulanglah kat korang nak terima ataupun tak

[korus]

budak zaman sekarang perangai pelik

orang kata buruk dia pandang suma cantik

tak serik, mana pergi rasa segan

kalau tak kat orang kurang-kurang pun kat tuhan

kuat manusia bergantung pada ilmu

setakat tunjuk otai takda orang respect kat lu

memang begitu,dunia untuk orang bijak

pandai-pandai hidup kalau tak nak kena pijak

cuba-cuba usha tengok-tengok sekeliling

bukan tengok dinding tapi minah senget mata juling

dia bukan buta,cuma buat-buat tak nampak

dia rasa seronok jadi budak rosak akhlak

harga diri murah jual badan kat lelaki

mcm balak dia confirm amik dia buat bini

sedarlah diri,sedarlah dari mimpi-mimpi

apa hari-hari kau memang gelap takda pagi?

konon pakai seksi sebab lelaki suka tengok

kalau lawa takpa cuma lawa sikit dari momok

pusingkan pandangan tengok pulak benda baru

budak jadi playa walau belum tumbuh bulu

apa benda tu? khatan pun belum kering lagi

dah pandai pulak citer main sana main sini

tukar pompuan hari-hari, bukan ker kau tu muslim?

Nabi tak ajar kita tukar pompuan macam musim

macam main game, boleh buat sesuka hati

cuba pikir balik kemana kita lepas mati

tak payah kerek-kerek kita semua bukan hebat

ingat atas sana ada kuasa lagi kuat

[ulang korus]

jom tengok-tengok budak-budak dekat sini

perangai pelik diorang tambah sikit dgn peragai gedik

dengan jersey besar,rantai pulak nak cecah lantai

topi kasi senget pastu carut tunjuk otai

pakai seluar besar padang, badan macam lidi

tepi angkat sikit kasi tayang bulu kaki,

tayang itu ini tunjuk suma perangai buruk

memang teruk bila orang mula lagak beruk

buat apa sibuk-sibuk dengan trend masa kini

sanggup pakai mahal walau gadai itu ini

berhabis duit cuma sebab nak perhatian

semua atas sebab nak diri diperhatikan

inilah hakikat,kita pentingkan luaran

anugerah tuhan lebih sekadar ucapan

[ulang korus]


0 comments:

 
Copyright 2011 5forty2
Revive Red Blogger template by Blogger Bits