You Are Reading

1

Sesi Suai Kenal

alFaisal Monday, March 30, 2009

alFaisal

“Masa kecik-kecik sekolah rendah dulu selalu tiru cara Nico rap, tapi buat lirik sendiri. Waktu tu sekadar rap dalam kereta untuk hiburkan budak-budak sekolah yang dihantar oleh ibu. Apabila remaja, mula berjinak-jinak dalam text battle dan audio battle kat internet. Kemudiannya berpeluang buat persembahan sulung kat gig hasil bantuan ElleQue. Sewaktu di universiti, berlakunya perubahan besar pada pandangan hidup dan worldview. Tapi minat pada muzik rap tak pernah luput. Salah seorang ahli heavyweight 5forty2 (kurang sikit dari berat CyphaDefect kot). Gila membaca dan suka bermain game bercorak strategi dan sejarah. Mempunyai seorang isteri yang cantik dan seekor hamster yang comel.”



RyFa

“Adik kepada alFaisal. Seorang bakal graduan universiti islam tempatan yang mana pengkhususan bukan dalam bidang muzik. Dengan izin Allah akan bakal menjadi ayah kepada seorang anak walaupun belum berumah tangga. Gemar membaca buku dan menekan keyboard pada masa lapang.”





CypherDefect

“Memulakan karier melalak sedari kecil. Menyedari kemampuan mengalunkan rima-rima hiphop sejak tahun 1993 sewaktu zaman kegemilangan fiona 4U2C dan KRU. Terlibat secara serius tak serius pada 2003 dengan teks bebas (Textstyle, bukan tekstil yer…), kemudian merakamkan lagu secara solo ala-ala rakaman dalam bilik tidur dengan laptop murah dan mikrofon cap ayam. Hasil rakaman didengar oleh 542, lalu secara semberononya dijemput menyertai 542. Sering disalah tengok sebagai Cat Fabuloso (Tang ke’besar’annya la kot…hehe).”



Phonic

“Adik kepada alFaisal dan RyFa. Berasal dari tempat paling keramat kat malaysia which is Taman Keramat. Nama ni dapat selepas 3 hari tak tidur then abang saya cadangkan nama ni. Saya seorang yang suka wat orang gelak dan kadang-kadang serius walaupun tak pernah serius. Saya join group ni sebab minat mendalam dalam seni dan luahan hati. Mula kenali rap masa abang saya involve dalam scene nih. Dari segi corak penulisan, suka ngan gaya multies dan double meaning. Juga meminati flow Methodman. Kenapa nak jadi emcee? Saya nak join raja lawak tak lepas, diorg tak nak, jadi rap pun rap ler. Saya minat bola sepak, bola sepak minat saya. Masih single dan boleh kawin 4 jika saya mampu berlaku adil. Saya juga pencinta alam, nak tau lebih lanjut add saya di ms,fs dan fb.majulah seni untuk ummah.huhu.”



DMent

“Kerja tak bergaji sebagai producer/beatmaker dan emcee sejati sebab saya takleh nyanyi.Berasal dari perlis dan merupakan ahli paling terbaru direkrut 5forty2. Bertanggungjawab atas beats dan men'finalize'kan projek 5forty2. Gaya penulisan saya jenis yang bersahaja tapi makan dalam,dalam mana? itu yang kita tak tau. Delivery agak agressif tapi mampu memukau pendengar untuk memberikan lebih tumpuan, tumpuan yang camner? itu yang kita tak tau. Seorang yang hyper active bila beraksi di atas pentas. Belajar tentang rhymes bahasa Melayu dan mula serius menulis apabila berjumpa dengan Phonic yang rajin merantau.”




G

“Peep call me 'G', tapi bukan stand for gangster, g-unit, g-funk.. bukan, sume tu fantasi liar punye name. Cintakan musik, suke rap... that's ma life.. nk tau lebih lanjut "ON G" dan hantarkan kepada 3322. Tahun 2002, 1st show saya di urban rap battle, that time saya dalam group Lil Tres Crew. Then 2004, saya menubuhkan group Klassikz, group ni dibubarkan atas sebab masing-masing sambung blajar. Then baru la masuk 5forty2. Masuk 5forty2 since afta form 5 kalau tak silap. Tak berapa ingat sebab hidup asyik pandang ke depan, jarang pandang ke belakang..tu la cite die..”




NaraMerah

“Nara bermaksud lelaki yang hebat atau panglima sementara Merah membawa maksud keberanian. Itulah gabungan nama pentas saya, NaraMerah. Saya juga suka dengan warna merah. Saya suka segala cabang seni dan seni sastera penulisan telah menjerumuskan saya ke dalam kancah rap Melayu ini. Saya seorang bakal pendidik atau lebih dikenali sebagai cikgu. Kerana kanak-kanak sukakan saya, telah membawa saya untuk lebih bergiat aktif dalam pendidikan. Tugas pendidik juga mencorakkan pelajarnya. Itu juga saya kira sebagai satu seni. Saya percaya kelebihan dalam seni rap boleh membantu saya dalam seni mencorakkan pelajar dan membawa kebaikan untuk umat jagat raya. Mengejar cita-cita dalam bidang pendidikan telah membawa saya merantau jauh di negara orang untuk mempelajari budaya ilmu di tempat orang. Walaupun saya tidak berada di Malaysia, saya amat komited dengan perjuangan 5forty2 setelah menerima tawaran untuk menyertainya.”


1 comments:

joey glider said...

aku taktahu pun alfaisal aka demipena seorang rappers..

hahaha

-lori

 
Copyright 2011 5forty2
Revive Red Blogger template by Blogger Bits