Save Gaza Grand Dinner dianjurkan oleh 12 kelab kat MMU. Kitorang tak pernah terfikir dapat peluang perform kat situ pun. Kumpulan Demascus ajak kitorang perform sama sebab kitorang ada lagu baru yang ada kena mengena dengan Palestine (Balada Palestine). Diorang jugak buat keputusan nak ubah sikit lagu tu, diorang nyanyikan part korusnya. Lain sikit dari lagu asal.
Hadirin malam tu dari pelbagai negara dan bangsa. Melayu, India, Cina, Afrika, Arab, Iran dan macam-macam lagi. Baik yang Muslim atau bukan Muslim. Tak tau la diorang boleh terima ke tak lagu kitorang. Ada yang nampak macam suka. Ada jugak yang nampak macam balik nanti nak solat taubat sebab dah dengar lagu rap kat dinner haha (mungkin diorang biasa layan lagu nasyid je).
PA System malam tu memang tak berapa bagus untuk lagu rap. Mic punya reverb sampai distort. Masa soundcheck kitorang dah adjust elok-elok. Tapi bila majlis dah nak mula, semua jadi lain. Dah tak ada masa nak set up balik. Terpaksalah perform je dengan apa yang ada.
Apapun kitorang gembira sebab dapat menyumbang pada majlis yang bertujuan memperingati dan kutip derma untuk Palestine. Kat sana ayah, mak, abang, adik, kakak kitorang yang tengah ditindas. dan dijajah. Yeap diorang keluarga kitorang.
Subscribe






0 comments:
Post a Comment